X

Kindly register in order to view this article
!

JSJK terima dua laporan kes pelaburan LikeShare

Hantaran di media sosial Facebook mendakwa beberapa individu menjadi mangsa kes pelaburan LikeShare.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis menerima dua laporan berkaitan kes pelaburan LikeShare yang dipercayai memperdaya mangsa dengan kerugian berjumlah RM6,000 setakat ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk S Sasikala Devi berkata, dua laporan itu dibuat mangsa di Sabah dan Pahang pada bulan ini.

"Satu laporan membabitkan kerugian RM1,000 dan satu lagi kes adalah kerugian RM5,000.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sejak bila kegiatan itu aktif dan modus operandinya," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa pelaburan berkenaan tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut JSJK.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular di media sosial Facebook memaparkan sekumpulan individu disyaki mangsa datang ke pejabat pelaburan berkenaan, namun premis terbabit telah ditutup.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!