BN bukan 'pak turut'

Ab Aziz Kaprawi
Ab Aziz Kaprawi
A
A
A

SHAH ALAM - Peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan sebaliknya sebagai pejuang utama kepada kebajikan rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, malah suara rakyat dibawa BN disampaikan Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium akhirnya diterima kerajaan PN.

“Alhamdulillah, Rang Undang-undang Belanjawan 2021 Peringkat Dasar telah lulus di Dewan Rakyat (semalam) dengan sokongan penuh Ahli Parlimen BN.

“Saya percaya Ahli Parlimen BN akan terus memastikan perbahasan Rang Undang-undang Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa selepas ini sentiasa memenuhi aspirasi rakyat,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, walaupun terdapat polemik perbezaan pendapat yang disensasikan melalui media, namun ahli Parlimen BN telah membuktikan bahawa agenda negara dan rakyat tetap menjadi fokus utama.

Artikel Berkaitan: