Lima pesakit Covid-19 maut hospital di Gujarat terbakar

Lima maut dalam kebakaran di hospital Shivanand di daerah Rajkot. - Foto sumber ANI
Lima maut dalam kebakaran di hospital Shivanand di daerah Rajkot. - Foto sumber ANI
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lima pesakit koronavirus (Covid-19) maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Gujarat, barat India pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Kebakaran berlaku di unit rawatan rapi (ICU) hospital Shivanand di daerah Rajkot, kira-kira 237 kilometer barat Gandhinagar, ibu kota Gujarat.

"Pagi ini berlaku kebakaran di ICU di sebuah hospital Covid-19. Lima pesakit terbunuh manakala enam lagi pesakit berjaya diselamatkan, seorang dilaporkan kritikal," kata pegawai.

Menurut pegawai itu, 22 pesakit dipindahkan ke hospital lain dan siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari unit ICU hospital itu.

Punca sebenar kebakaran masih belum dapat dipastikan, bagaimanapun ia berkemungkinan disebabkan litar pintas.

Sementara itu, Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani sedih dengan kejadian itu dan mengumumkan sumbangan akan diberikan kepada waris mangsa.

Pada Ogos tahun ini, lapan pesakit Covid-19 terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital swasta empat tingkat di negeri Ahmedabad. - Bernama

Artikel Berkaitan: