10 daerah di selatan Xinjiang bebas kemiskinan

16 Oktober: Gambaran menunjukkan kawasan perumahan di Bandar Axili Changji, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Setakat ini, lebih daripada 30 isi rumah telah berpindah ke rumah baru mereka. - Ding Lei/Xinhua
16 Oktober: Gambaran menunjukkan kawasan perumahan di Bandar Axili Changji, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Setakat ini, lebih daripada 30 isi rumah telah berpindah ke rumah baru mereka. - Ding Lei/Xinhua
A
A
A
URUMQI – Xinjiang di wilayah barat laut China, kini bebas daripada kemiskinan secara mutlak.

Kejayaan itu dicapai selepas 10 daerah terakhir yang miskin di Xinjiang berjaya keluar daripada permasalahan tersebut, kata pemerintah tempatan pada Sabtu lalu.

Difahamkan, 10 daerah berkenaan termasuk Daerah Shache, Daerah Moyu dan Daerah Akto bukan lagi daerah miskin menurut standard rasmi.

Kesemua 10 daerah itu terletak di bahagian selatan Xinjiang yang menyaksikan penduduk tempatan mempunyai akses terhad kepada pendapatan dan perkhidmatan awam yang stabil kerana persekitaran semula jadi yang teruk dan infrastruktur yang buruk.

Artikel Berkaitan:

Pengumuman itu dibuat berdasarkan rangkaian penilaian oleh pemerintah daerah dan organisasi pihak ketiga yang diberi kuasa.

Antara lainnya didapati bahawa penduduk di 10 daerah terbabit mempunyai akses yang stabil terhadap pendidikan dan perawatan perubatan.

Pemeriksa di Pejabat Pengurangan Kemiskinan Wilayah Xinjiang, Chen Lei berkata, penghapusan kemiskinan di 10 daerah itu bermaksud semua 32 daerah Xinjiang yang dilanda kemiskinan iaitu mempunyai lebih daripada 3.08 juta penduduk miskin berdaftar telah keluar daripada kemiskinan mutlak.

Kejayaan itu dicapai berkat usaha dan dedikasi oleh pemerintah tempatan untuk mempromosikan pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan perubatan bagi memperbaiki keadaan masyarakat, dengan lebih dari 70 peratus anggaran fiskal dibelanjakan untuk memastikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

8 Oktober: Petani memetik buah delima di Pishan County Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada musim panas dan musim luruh. - Adil Nadir/Xinhua
8 Oktober: Petani memetik buah delima di Pishan County Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada musim panas dan musim luruh. - Adil Nadir/Xinhua

Berkat usaha gigih daripada semua pihak, kemajuan besar telah dicapai di Xinjiang.

Dari tahun 2014 hingga 2019, momentum ekonomi yang kukuh dikekalkan dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahunan purata 7.2 peratus.

Taraf hidup penduduk tempatan telah meningkat dengan ketara dengan pertumbuhan tahunan rata-rata 9.1 peratus dalam pendapatan per kapita kediaman.

Dengan lebih daripada 25 juta orang pelbagai etnik, pencapaian antikemiskinan di wilayah itu menjadikan negara selangkah lebih dekat dengan matlamatnya untuk mengakhiri kemiskinan pada akhir tahun 2020.

Untuk rekod, daripada 10 daerah terakhir yang mengakhiri kemiskinan di Xinjiang, lima daripadanya berada di Hotan, di mana kawasan oasis yang sesuai untuk kelangsungan hidup manusia kurang dari empat peratus tanah.

"Sekarang, baki lima daerah miskin di Hotan iaitu 228 kampung dengan 76,000 penduduk, semuanya memenuhi kriteria sifar kemiskinan" kata Setiausaha Pejabat Pengurangan Kemiskinan Hotan, Yang Hua.

"Hotan akan terus mengembangkan industri khas dan berfaedah untuk memastikan setiap penduduknya dapat memperoleh sumber pendapatan yang berterusan dan stabil," katanya.