Kampung Gunung Pulai tidak dikenakan PKPD

Pengarah Kesihatan Johor menafikan maklumat tular mesej di laman aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook yang mengatakan Kampung Gunung Pulai dikenakan PKPD.
Pengarah Kesihatan Johor menafikan maklumat tular mesej di laman aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook yang mengatakan Kampung Gunung Pulai dikenakan PKPD.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kawasan Kampung Gunung Pulai dekat Kulai tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan berkenaan.

“Memang ada kes (Covid-19) dan pengawalan, pengesanan kontak serta saringan dijalankan di sana. Buat masa ini, belum lagi (PKPD), kami kena buat penilaian risiko dan trend penularan serta bilangan kes dahulu.

“Setelah itu, peringkat daerah akan beri cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri untuk dibawa ke MKN Kebangsaan dengan nasihat KKM, barulah ditentukan sama ada hendak dibuat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau PKPD,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tular mesej di laman aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook sejak semalam, yang mendakwa kawasan berkenaan dikenakan PKPD berikutan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) di kampung tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: