Stor simpan pakaian tiruan bernilai RM100,000 diserbu

KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pakaian tiruan yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di sebuah stor di pusat pemborong di ibu negara, semalam.
KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pakaian tiruan yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di sebuah stor di pusat pemborong di ibu negara, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah stor yang dijadikan tempat menyimpan pakaian tiruan yang menggunakan jenama terkenal bernilai RM100,000 di sebuah pusat pemborong di sini diserbu, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, serbuan kira-kira jam 3 petang itu dilakukan hasil risikan selama dua minggu.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam stor di tingkat satu bangunan berkenaan menemui 1,500 pasang baju dan seluar disyaki tiruan bernilai RM100,000.

"Siasatan mendapati, pakaian tiruan itu dijual secara atas talian dan secara borong kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

"Dipercayai kegiatan ini aktif sejak setahun dengan mendapatkan bekalan dari negara Bangladesh dan China," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pakaian tiruan yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di sebuah stor di pusat pemborong di ibu negara, semalam.
KPDNHEP Kuala Lumpur merampas pakaian tiruan yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di sebuah stor di pusat pemborong di ibu negara, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, berdasarkan statistik penghasilan kes sepanjang tahun 2020 sehingga kini, sebanyak 43 kes telah terhasil di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan nilai rampasan sebanyak RM3.3 juta.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihaknya memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana orang supaya tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan.

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui Portal KPDNHEP www.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), WhatsApp ke 019- 279 4317 atau lapor ke mana-mana pejabat KPDNHEP di seluruh negara," katanya.