Aktiviti hutan dihentikan kerana musim hujan

Abdul Khalim menunjukkan notis yang telah dikeluarkan pihaknya bagi menghentikan aktiviti pendakian.
Abdul Khalim menunjukkan notis yang telah dikeluarkan pihaknya bagi menghentikan aktiviti pendakian.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan mengarahkan Taman Negara Gunung Stong, Taman Eko Rimba, denai dan laluan pendakian di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini ditutup bermula 25 November sehingga 21 Januari 2021.

Pengarahnya, Abdul Khalim Abu Samah berkata, kesemua tempat itu akan ditutup kepada semua pengunjung awam dengan mengambil kira faktor keselamatan disebabkan musim hujan.

Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kesemua 32 malin gunung di Kelantan supaya tidak membawa pengunjung ke kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Oleh itu, semua tujuh bukit dan gunung di Gua Musang dan Kuala Krai yang sebelum ini menjadi tumpuan bagi aktiviti pendakian akan ditutup.

"Jabatan mengambil inisiatif ini untuk tujuan keselamatan kerana pada musim hujan aktiviti ini agak berbahaya selain bagi memelihara kawasan HSK.

“Sebarang aktiviti seperti itu tidak dibenarkan buat masa ini dan diharap semua pihak mematuhinya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalim berkata, semua pemakluman mengenai perkara itu juga akan diletakkan di kawasan tapak pendakian serta lama web Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Tegasnya, tindakan akan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 sekiranya terdapat pelanggaran terhadap notis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebarang persoalan boleh menghubungi jabatan di talian 09-7481957 atau layari http://forestry.kelantan.gov.my untuk maklumat lanjut.