X

Kindly register in order to view this article
!

Jawab soalan sambil tambah ilmu

Khair Adnan mengisi borang Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.
A
A

SEREMBAN - Seorang penuntut pascasiswazah sebuah universiti tempatan, Mohd Khair Adnan Kadir, 36, tidak melepaskan peluang mencuba nasib menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 bagi menghargai pembaca setianya.

Menurutnya, sebelum ini dia telah menghantar beberapa borang penyertaan sejak peraduan tersebut dibuka pada 5 Oktober lalu.

“Saya hanya cuba nasib. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Saya juga sama dengan peserta lain berharap untuk menang wang tunai yang ditawarkan dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

“Apa yang dilakukan akhbar Sinar Harian sangat dihargai. Sebagai pembaca setia akhbar ini, saya rasa sangat teruja dan dalam masa sama mahu menang peraduan yang menawarkan wang tunai berjumlah RM60,000,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Katanya, peraduan itu bukan sekadar menguji minda, tetapi melalui peraduan itu peserta dapat mengetahui kewujudan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di negara ini yang sebelum ini tidak pernah diketahui.

“Sambil menjawab, sambil itu kita dapat tambah ilmu. Rupanya dalam negara kita ini juga mempunyai banyak lokasi yang menarik dan boleh dilawati oleh rakyat Malaysia tanpa perlu melancong ke luar negara,” katanya.

Mohd Khair berkata, selain berpeluang meraih wang tunai, peserta juga ditawarkan dengan hadiah-hadiah saguhati yang sangat menarik seperti motosikal, basikal, televisyen dan kamera dron.

“Kalau tak dapat wang tunai, dapat hadiah motosikal atau televisyen pun menarik juga dan sangat berbaloi dengan hanya bermodalkan tidak sampai RM10.

“Saya berharap akhbar Sinar Harian dapat meneruskan peraduan seperti ini pada masa datang. Kalau tak ada rezeki tahun ini, mana tahu tahun depan ada rezeki,” katanya.

Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku dengan menawarkan hadiah utama wang tunai RM30,000, diikuti hadiah kedua wang tunai RM8,000 dan tempat ketiga wang tunai RM2,000 serta lima hadiah sagu hati bernilai RM1,000.

Setiap pemenang akan turut membawa pulang hadiah iringan.

Selain hadiah utama, Sinar Harian juga menyediakan pelbagai hadiah menarik lain kepada pembaca yang menyertai peraduan tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!