Aksi 'gila' Neuer berbaloi

Neuer menyelamatkan percubaan penyerang Salzburg pada perlawanan berkenaan. - Foto Reuters
Neuer menyelamatkan percubaan penyerang Salzburg pada perlawanan berkenaan. - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Bayern Munich Hansi Flick menyifatkan aksi ‘gila’ penjaga golnya Manuel Neuer pada aksi Liga Juara-Juara ketika menewaskan Salzburg 3-1 di Allianz Arena awal pagi semalam telah membantu pasukan berkenaan untuk mara ke kelompok 16 pasukan terbaik.

Menurut Flick, pada perlawanan berkenaan Neuer dilihat telah menyelamatkan lebih 10 percubaan daripada jentera serangan kelab Austria itu terutamanya daripada Mergim Berisha and Enock Mwepu.

Malah katanya, tidak tidak keterlaluan jika dikatakan jika aksi Neuer itu dilihat sebagai aksi terbaik penjaga gol berkenaan di sepanjang kariernya.

“Neuer telah telah beraksi dengan cemerlang sepanjang tahun ini. Ketika berdepan dengannya, seseorang penyerang akan merasakan pintu gol semakin ‘mengecil.’

“Aksinya malam ini (semalam) adalah aksi terbaiknya di sepanjang kariernya sebagai penjaga gol.

“Sekali gus membuktikan dia seorang pemain yang ‘gila’ tetapi sangat fokus kepada tugasan yang diamanahkan,” katanya.

Kemenangan berkenaan sekali gus mengesahkan kemaraan Bayern Munich ke kelompok 16 pasukan terbaik setelah mengumpul 12 mata hasil empat kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan A setakat ini.

Pada perlawanan berkenaan, bintang Bayern, Robert Lewandowski membuka jaringan pada minit ke-42 diikuti Kingsley Coman pada minit ke-53 dan Leroy Sane pada minit ke-68, sebelum Mergim Berisha, menjaringkan gol saguhati pelawat pada minit ke-73.

Artikel Berkaitan:

Perlawanan berkenaan turut dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain Bayern Munich, Marc Roca pada minit ke-66.

Sementara itu Neuer menyifatkan aksi cemerlangnya itu adalah bagi memastikan Bayern Munich mencatatkan kemenangan dan sekali gus mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 pasukan terbaik.

Katanya, apa yang penting ketika ini adalah Bayern Munich telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mara ke peringkat kalah mati berkenaan.

“Kita telah melepaskan banyak gol sejak kebelakangan ini dan kita juga berdepan dengan pasukan yang kuat.

“Kita sering kehilangan bola dengan mudah dan ia sesuatu yang memeritkan. Oleh itu bagi saya, kemenangan kali ini sangat penting untuk memastikan kita layak ke peringkat seterusnya selaku juara kumpulan,” katanya.