Klang rekod kes tertinggi Covid-19 di Selangor

Selangor mencatatkan sebanyak 161 kes baharu wabak koronavirus(Covid-19) hari ini.
Selangor mencatatkan sebanyak 161 kes baharu wabak koronavirus(Covid-19) hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor kekal mencatatkan tiga angka wabak koronavirus(Covid-19) hari ini dengan 161 kes baharu.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan memaklumkan jumlah ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di Selangor sebanyak 12,854 kes dan 159 kes merupakan jangkitan tempatan.

"Daerah Klang mencatatkan bilangan kes tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 4,524 kes diikuti daerah Hulu Langat (603 kes) dan Petaling (392 kes).

"Selain itu, daerah Kuala Langat mencatatkan 155 kes, daerah Sepang (137 kes), daerah Gombak (75 kes), Kuala Selangor (27 kes) dan Hulu Selangor (17 kes)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini daerah Sabak Bernam masih mencatatkan kawasan hijau bagi keseluruhan mukim di kawasan terbabit.

Semalam, kes Covid-19 di Selangor kembali ke tiga angka dengan 115 kes selepas dua hari merekodkan kes empat angka.

Artikel Berkaitan: