Belanjawan 2021 intervensi dinanti rakyat

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Belanjawan 2021 yang diluluskan ini adalah intervensi yang sangat dinanti-nantikan rakyat.

Beliau turut bersyukur yang belanjawan berkenaan telah melepasi halangan terbesar dan diluluskan demi keutamaan negara serta rakyat.

"Kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan belanjawan yang diluluskan ini Insya-ALLAH adalah intervensi yang sangat dinanti-nantikan.

"Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah menggandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Program i-Sinar diperluas kepada 8 juta pencarum KWSP yang terjejas

Pemberian ‘one-off’ RM300 kepada 'frontliners'


Agong zahir penghargaan Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021

Menurutnya, kerajaan Perikatan Nasional(PN) harus segera merancang agar Belanjawan 2021 dapat segera dilaksanakan tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar.

Beliau berkata, ahli Parlimen pula perlu terus berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan belanjawan yang diluluskan ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin serta efisyen.

Artikel Berkaitan: