Covid-19: Kota Bharu diisytihar zon merah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan angka harian tertinggi dengan 28 kes baharu koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini sehingga jam 12 tengah hari tadi dan Kota Bharu kini diisytiharkan zon merah.

Berikutan pertambahan tersebut menjadikan kes dalam rawatan melonjak kepada 109 orang berbanding 89 semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin menerusi Facebooknya memaklumkan, daerah Kota Bharu sudah diisytiharkan sebagai zon merah dengan 46 kes tempatan direkodkan.

“Dukacita (dimaklumkan) terdapat 28 kes baru jangkitan Covid-19) di negeri Kelantan pada hari ini. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP). Doakan untuk Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Kelantan menerusi Facebooknya juga memaklumkan terdapat satu kluster baharu dikenalpasti iaitu Kluster Chengal.

Kenyataan tersebut juga memaklumkan terdapat lima kes di Mukim Kusial, Tanah Merah (kes ke-303, 304, 305, 306 dan 307) yang merupakan kontak rapat Kluster Mengketil

“Selain itu, terdapat tiga kes di Mukim Ulu Sat, Machang (kes ke-308, 309 dan 310) merupakan kontak rapat Kluster Mengketil.

“Kes ke-311 (Mukim Pangkal Meleret, Machang) merupakan kontak rapat Kluster Chengal manakala dua kes di Mukim Kusial, Tanah Merah (kes ke-312 dan 313) merupakan kontak rapat Kluster Kaya,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bagi kes ke-314 (Mukim Kota, Kota Bharu) ia merupakan kontak rapat kes ke-292 (Survelan ILI), kes- 315 (Mukim Banggu, Kota Bharu) merupakan kontak rapat Kluster Chengal dan kes-316 (Mukim Badang, Kota Bharu) merupakan kontak rapat Kluster Chengal.

Turut dimaklumkan terdapat enam kes di Mukim Kemumin, Kota Bharu membabitkan kes- 317, 318, 319, 320, 321 dan 322 yang merupakan kontak rapat Kluster Chengal.

“Kes -323 (Mukim Limbat, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes ke-293 (Survelan ILI) manakala kes-324 (Mukim Panji, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes-293 (Survelan ILI).

“Kes ke-325 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes ke-293 (Survelan ILI) dan kes ke-326 (Mukim Tawang, Bachok) adalah kontak rapat kes-302 (Survelan ILI),” katanya.

Kenyataan itu juga berkata, kes ke-327 (Mukim Badang, Kota Bharu) merupakan saringan berisiko luar negeri (Selangor) dan dikategorikan sebagai Import B.

“Kes ke-328 (Mukim Ulu Kusial, Tanah Merah) merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Sabah) dan dikategorikan sebagai Import B manakala kes-329 (Mukim Jedok, Tanah Merah) adalah saringan Berisiko Luar Negeri (Selangor) yang dikategorikan sebagai Import B.

“Kes ke-330 (Mukim Ulu Sat, Machang) pula merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Selangor) dan dikategorikan sebagai Import B,” katanya.

Untuk perkembangan sama, lapan kes dilaporkan sembuh dan discaj iaitu kes-203, 212, 216, 220, 221, 222, 223 dan 224, manakala tiga pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan catat enam kes Covid-19

Covid-19: Kluster Mengketil di Kelantan membimbangkan