X

Kindly register in order to view this article
!

MSU diiktiraf 139 universiti terbaik di rantau Asia

A
A

SHAH ALAM - Management & Science University (MSU) berada di kedudukan 139 universiti terbaik di rantau Asia dan tersenarai dalam kalangan 21 peratus universiti terbaik di Asia.

Pencapaian ini melonjak 40 kedudukan berbanding berada di tangga ke-179 pada edisi QS Asia University Rankings 2020 berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2021.

Khabar gembira ini juga menyaksikan MSU berada di kedudukan ke-13 universiti terbaik di Malaysia.

MSU dalam kenyataan medianya memaklumkan kejayaan ini akan terus menjadi indikator penting dalam memperkasa kualiti pendidikan bertaraf dunianya.

“Pencapaian terbaik MSU merangkumi indikator nisbah fakulti antarabangsa (ke-31), nisbah pertukaran keluar pelajar (ke-31), nisbah pertukaran masuk pelajar (ke-41), reputasi majikan (ke-89), nisbah pelajar kepada fakulti (ke-136) dan reputasi akademik (ke-138),”katanya.

QS Quacquarelli Symonds ialah agensi berpangkalan di United Kingdom yang membuat penarafan tahunan universiti melibatkan 650 universiti utama daripada 18 negara Asia.

Menurutnya, pencapaian MSU sebagai antara universiti terbaik di Asia bagi 2021 adalah petunjuk positif kepada aspirasi universiti dalam mempelopori kecemerlangan pendidikan tinggi di Malaysia, Asia serta global.

“Kejayaan ini juga menunjukkan MSU berada di landasan yang tepat dengan matlamat dan visi utama iaitu melahirkan graduan yang mempunyai personaliti yang seimbang, holistik dan kompeten serta mencapai tahap tertentu di peringkat antarabangsa.

“MSU menekankan kepada pembangunan universiti dan melahirkan graduan holistik di masa depan melalui enam indikator tersendiri iaitu industri dan kebolehpasaran, keusahawanan, pengantarabangsaan, komponen penyelidikan, program lestari dan komuniti serta pendidikan fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat,”kayanya.

Katanya, kejayaan ini memainkan peranan penting ke arah memperkasakan masa depan serta menyediakan akses pendidikan kepada semua peringkat lapisan masyarakat selaras dengan tagline universiti 'Transforming Lives, Enriching Future'.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!