X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran hujan lebat di banyak kawasan negeri Semenanjung, Sabah

MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di banyak kawasan di enam negeri Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah sehingga esok. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di banyak kawasan di enam negeri Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Menurut kenyataan itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis manakala di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Selain itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat turut diramal berlaku di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak manakala di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin), serta Sabah (Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!