Lima premis di Bentong ditutup sementara

Notis penutupan melibatkan lima premis perniagaan dikeluarkan Majlis Perbandaran Bentong.
Notis penutupan melibatkan lima premis perniagaan dikeluarkan Majlis Perbandaran Bentong.
A
A
A

BENTONG - Majlis Perbandaran Bentong (MPB) mengeluarkan notis penutupan melibatkan lima premis perniagaan di daerah ini untuk sementara waktu bermula semalam bagi proses sanitasi.

Menurut kenyataan MPB, lima premis terbabit ialah Pasaraya TF-Value Mart Bentong, Jalan Tras; TF-Value Mart Bentong, Jalan Ah Peng; Restoran Lemang To'Ki 2; Restoran Marrybrown, Skyavenue Genting dan Kedai Serbaneka 7 Eleven Skyavenue Genting.

"Semua premis perniagaan yang dinyatakan di atas perlu ditutup serta-merta bermula 25 November 2020 sehingga 27 November 2020.

"Premis perlu menjalankan pembasmian nyahkuman/disinfeksi dengan kadar segera," kata kenyataan itu lagi.

Selepas kira-kira sebulan merekodkan sifar kes, Pahang kembali merekodkan dua kes positif Covid-19.

Dua kes terbaharu direkodkan melibatkan daerah Bentong iaitu daripada saringan tempat kerja dan Lipis daripada saringan kontak rapat.

Artikel Berkaitan: