Wisma Putra sedia bantu bawa pulang Jho Low

Wisma Putra sedia membantu membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui lokasi sebenar ahli perniagaan dalam buruan itu.
Wisma Putra sedia membantu membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui lokasi sebenar ahli perniagaan dalam buruan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wisma Putra sedia membantu membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui lokasi sebenar ahli perniagaan dalam buruan itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada sebab untuk Wisma Putra tidak membantu agar individu terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

“Kita tidak tahu sama ada benar dia berada di China. Jika PDRM memaklumkan kedudukan sebenar dan di mana dia berada, tidak ada sebab Wisma Putra tak boleh membantu.

“Wisma Putra sedia membantu untuk membawa dia pulang menghadap pengadilan," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Hishammuddin berkata ketika menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) sama ada Wisma Putra boleh membantu mengesan dan membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan itu bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, Jho Low tidak perlu takut kembali ke tanah air sekiranya beranggapan dirinya tidak bersalah dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Katanya, beliau boleh mengaturkan pertemuan Jho Low dengan Jabatan Peguam Negara, selain memberi jaminan keselamatan ke atas ahli perniagaan dalam buruan itu.

Artikel Berkaitan: