RM2.016 bilion peruntukan siling tahunan diluluskan sejak 2015

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peruntukan siling tahunan diluluskan kepada projek Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) adalah berjumlah RM2.016 bilion sejak 2015 sehingga tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.886 bilion diperuntukkan sehingga suku kedua tahun ini manakala sejumlah RM130.55 juta akan disalurkan sebelum akhir tahun ini.

“Berhubung projek dilaksanakan di kawasan Baram, Sarawak terdapat dua projek telah siap pada Disember 2014, iaitu jalan akses ke tapak Empangan Baram dengan kos terlibat adalah RM234.6 juta.

“Projek kedua adalah Stesen Pertanian Bersepadu Tanah Tinggi di Baram berjumlah RM30.81 siap pada Februari tahun ini, projek tersebut bertujuan membangunkan sektor pertanian tanah tinggi melalui penyelidikan tanaman asli di kawasan Baram,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Anyi Ngau (GPS-Baram) berhubung jumlah peruntukan pembangunan diluluskan kepada Recoda, sebuah badan berkanun kerajaan Sarawak yang merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), sejak 2015.

Beliau berkata, pelaksanaan bagi kedua-dua projek berkenaan meningkatkan sosioekonomi rakyat serta memberi impak pembangunan di kawasan pedalaman dan tanah tinggi di kawasan Baram.

Artikel Berkaitan: