Trump beri pengampunan kepada bekas penasihat keselamatan Flynn

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan semalam beliau mengampunkan Michael Flynn iaitu bekas penasihat keselamatannya yang telah berbohong tentang isi perbualannya dengan seorang duta dari Rusia pada tahun 2016.

Pengampunan itu dibuat dalam tempoh minggu-minggu terakhir Trump menjalankan tugas sebagai Presiden yang mana terdapat dakwaan bahawa beliau cuba untuk menyembunyikan satu jalinan kerjasama dengan Rusia.

Keputusan untuk memaafkan Flynn itu juga akan membantunya mengelak dihukum penjara di sebuah mahkamah di Washington.

Sebelum ini, beliau menjadi sasaran siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung panggilan telefon rahsia dengan seorang duta Rusia ke AS pada Disember

2016 selepas Trump menang dalam pilihan raya Presiden.

Dalam satu panggilan telefon itu, Flynn berusaha untuk memansuhkan sekatan ke atas Rusia yang telah diumumkan oleh Presiden ketika itu, Barack Obama daripada parti Demokrat berikutan campur tangan Moscow ke atas pilihan raya Presiden AS pada tahun 2016.

Flynn mengaku menipu kepada FBI apabila menyatakan beliau tidak membincangkan sekatan yang dikenakan oleh pentadbiran Obama kerana campur tangan Rusia ke atas pilihan raya negaranya dengan duta Rusia ketika itu, Sergey Kislyak.

Bagaimanapun, beliau meletakkan jawatan sebagai penasihat keselamatan Trump pada Februari 2017 kira-kira empat minggu selepas dilantik memegang jawatan itu.

Artikel Berkaitan:

Usaha Trump untuk mempertahankan dan melindungi Flynn menyebabkannya menamakan seorang pendakwa raya bebas, Robert Mueller bagi menggantikannya.

Pada lewat 2017, Flynn mencapai satu perjanjian dengan para penyiasat dan mengaku bersalah sebanyak dua kali kepada ejen-ejen FBI sekali gus menggelakkan dikenakan dakwaan yang lebih berat.

Bagaimanapun, siasatan Jabatan Keadilan selama 22 bulan menyimpulkan pada tahun 2019 bahawa tidak ada bukti bahawa Trump daripada parti Republikan dan para pembantunya berkonspirasi dengan Rusia untuk memenangi pilihan raya Presiden AS pada tahun 2016.

"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Jeneral Michael T. Flynn telah mendapat pengampunan penuh," kata Trump menerusi Twitternya seperti laporan AFP.

Bagaimanapun, seorang anggota parti Demokrat membidas pengampunan tersebut.

"Trump sekali lagi menyalahgunakan kuasa pengampunan bagi memberikan ganjaran kepada Michael Flynn yang memilih kesetiaan kepada Trump melebihi kesetiaannya kepada negaranya," kata Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan AS, Adam Schiff seperti dilaporkan oleh AFP. - Agensi