X

Kindly register in order to view this article
!

Johor jangka pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.6 - 7.6 peratus

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Foto Bernama
A
A

ISKANDAR PUTERI - Johor dijangka mampu mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.6 peratus hingga 7.6 peratus pada 2021.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kadar pertumbuhan itu akan bergantung kepada lima faktor iaitu kecekapan negeri dalam mengekang gelombang pandemik baharu daripada berlaku di Johor.

Kedua katanya, pembukaan ataupun penutupan berterusan sempadan antarabangsa.

“Ketiga, pemulihan ekonomi Singapura. Keempat, prestasi ekonomi negara rakan dagang negeri Johor dan kelima, dasar serta suntikan baharu daripada kerajaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Johor bentang belanjawan defisit RM248.14 juta

Peruntukan ADUN pembangkang dinaikkan tiga kali ganda

"Kesemua ini membentuk satu latar dan asas yang memaparkan kepentingan dan kegentingan Belanjawan Johor 2021.

"Berbekalkan muafakat dan kesungguhan kita bersama, saya percaya bahawa negeri Johor boleh mencapai pertumbuhan ekonomi sekitar 6.6 hingga 7.6 peratus pada tahun 2021,” katanya.

Belanjawan Johor 2021
Belanjawan Johor 2021

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Katanya, pemulihan ekonomi Johor akan dipacu tiga agenda yang akan menjadi katalis kepada usaha pemulihan dan ketahanan ekonomi.

“Ianya adalah Agenda Keselamatan Makanan Johor (Johor Food Security Agenda), Agenda Johor Digital dan penubuhan Johor Economic, Trade and Culture Office (JETCO) di Singapura,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!