X

Kindly register in order to view this article
!

Kes tembak di sempadan: Segera bina tembok keselamatan

Laporan portal Sinar Harian berkaitan kes anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak.
A
A

KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mencadangkan agar kerajaan segera membina tembok keselamatan yang lebih kukuh sebagai jalan penyelesaian kepada isu penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis dan Kedah.

Presidennya, Datuk Ismail Abidin berkata, pembinaan tembok keselamatan adalah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan risiko anggota keselamatan Malaysia terdedah kepada ancaman ditembak oleh kumpulan penyeludup.

"Tembok keselamatan akan memudahkan lagi tugasan kawalan bagi mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara. Keadaan sempadan Perlis-Thailand tidak sama seperti sempadan Kelantan-Thailand yang dipisahkan oleh Sungai Golok.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Kes tembak di sempadan: Seorang lagi anggota PGA cedera

Kes tembak di sempadan: Polis tahan dua penyeludup

"Sedangkan sempadan Perlis-Thailand keseluruhannya melalui jalan darat yang dilitupi hutan serta belukar paling mudah penyeludup bertindak ganas terhadap pengawal keselamatan Malaysia, kemudian bersembunyi dan melarikan diri ke negara jiran," katanya kepada Bernama.

Pada awal pagi Selasa lepas, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) meninggal dunia akibat terkena tembakan penyeludup sementara rakannya, Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian dekat Padang Besar.

Semalam, seorang lagi anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira pukul 6.15 petang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!