Kematian Maradona: Argentina umum berkabung tiga hari
BUENOS AIRES - Pemerintah Argentina pada Rabu mengumumkan negara berkabung tiga hari atas kematian legenda bola sepak, Diego Armando Maradona, lapor agensi berita Xinhua.
"Presiden memutuskan seluruh negara akan berkabung tiga hari bermula dari hari (kematiannya)," kata kenyataan Pejabat Presiden.
ARTIKEL BERKAITAN: Diego Maradona meninggal dunia
Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di daerah Tigre, utara Buenos Aires.
Bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Gimnasia y Esgrima La Plata itu pernah menjalani pembedahan selepas diserang strok pada awal November.
Maradona menyambut hari lahirnya ke-60 pada 30 Oktober. - Bernama
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Gempa bumi landa Taiwan
Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Budak perempuan muntah darah makan coklat tamat tempoh
Jemaah umrah Iran berlepas ke Arab Saudi selepas 10 tahun
'Bagaimana kamu boleh kata ini bukan masalah kamu', KJ kritik Anwar
2 helikopter terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut
Helikopter TLDM terhempas: Tiga disahkan maut
[VIDEO] Tiada terselamat, 10 terkorban nahas helikopter TLDM
Amaran hujan lebat, ribut petir di 10 negeri