X

Kindly register in order to view this article
!

Misteri batu obelisk logam tertanam di gurun Utah

Tiang segi tiga berkilat itu mempunyai ketinggian kira-kira empat meter. - Foto Agensi
A
A

SALT LAKE CITY - Penemuan sebuah obelisk logam misteri yang tertanam di kawasan gurun terpencil di barat Amerika Syarikat (AS) telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi malah menarik minat golongan pemburu objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO).

Tiang segi tiga berkilat setinggi kira-kira empat meter itu dijumpai pegawai tempatan yang melakukan rondaan udara pada minggu lalu.

Kru Jabatan Keselamatan Awam Utah kemudiannya menemui monolit logam tersebut dan tiada petunjuk jelas siapa yang bertanggungjawab meletakkannya di situ.

“Tanpa mengira dari planet mana anda berasal, tindakan meletakkan struktur di tanah awam tanpa mendapat kebenaran adalah melanggar undang-undang,” kata jabatan itu pada awal minggu lalu.

Berita penemuan obelisk itu turut menjadi tular di internet dan ramai yang menyatakan objek itu mempunyai persamaan dengan monolit makhluk asing dalam filem sains fiksyen berjudul 2001: A Space Odyssey.

Beberapa pengguna media sosial juga cuba membuat jenaka dengan menyatakan obelisk itu kononnya mempunyai butang laras semula (reset) untuk tahun 2020.

Sementara itu, ada pengguna mendakwa struktur kecil itu pernah dirakamkan oleh Google Earth pada 2016 dan dipercayai mungkin hasil karya artis seni tempatan.- AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!