Norihan tiba di HPP untuk jalani pembedahan

Norihan dibawa dari HTF pada jam 7.40 malam dengan menggunakan ambulans yang diiringi kereta peronda polis.
Norihan dibawa dari HTF pada jam 7.40 malam dengan menggunakan ambulans yang diiringi kereta peronda polis.
A
A
A

GEORGETOWN - Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terselamat dalam kejadian tembak ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Sarjan Norihan A/L Tari, 39 tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 9.20 malam tadi.

Difahamkan dia dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiga peluru iaitu satu di paru-paru dan dua pada perut.

Norihan dibawa dari HTF pada jam 7.40 malam dengan menggunakan ambulans yang diiringi kereta peronda polis.

Dua ahli keluarga mangsa turut hadir di HPP bagi mengiringi mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika ditemui di pekarangan HPP mengesahkan ketibaan Norihan ke HPP pada jam 9.20 malam.

Terdahulu, seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, mangsa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama Norihan yang cedera parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke HTF Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.

Artikel Berkaitan: