KKM harap ahli Parlimen undi dengan bijaksana

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berharap ahli Parlimen menjalankan undian dengan baik dan penuh bijaksana menjelang hari pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yakin ahli Parlimen memahami situasi negara yang berhadapan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

"KKM harap semua ahli Parlimen mengundi dengan baik dan penuh kebijaksanaan untuk kebaikan sejagat," katanya dalam sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai harapan KKM terhadap hari pengundian Belanjawan 2021 hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini, sebanyak RM31.9 bilion diperuntukkan kepada KKM berbanding tahun 2020 sebanyak RM30.6 bilion.

Artikel Berkaitan: