Seludup daging sejuk beku: Pengguna boleh keracunan makanan

Kemasukan daging lembu sejuk beku secara tidak sah ke dalam negara berisiko besar boleh memudaratkan pengguna kerana sukar untuk memastikan sama ada sumber lembu itu sihat atau sebaliknya kerana tiada pemeriksaan anti mottem dilakukan sebelum daging itu dibawa masuk. - Foto 123RF
Kemasukan daging lembu sejuk beku secara tidak sah ke dalam negara berisiko besar boleh memudaratkan pengguna kerana sukar untuk memastikan sama ada sumber lembu itu sihat atau sebaliknya kerana tiada pemeriksaan anti mottem dilakukan sebelum daging itu dibawa masuk. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kemasukan daging lembu sejuk beku secara tidak sah ke dalam negara berisiko besar boleh memudaratkan pengguna.

Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dalam satu kenyataan memaklumkan, sukar untuk memastikan sama ada sumber lembu itu sihat atau sebaliknya kerana tiada pemeriksaan anti mottem dilakukan sebelum daging ini dibawa masuk.

“Daging yang sudah siap diproses ini kemungkinan tidak diproses mengikut kaedah yang ditetapkan dan boleh berlaku kontaminasi (pencemaran) dari berbagai sudut luaran,” katanya kepada di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, risiko kepada pengguna boleh berlaku termasuk menyebabkan keracunan makanan yang serius.

Pada Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging sejuk beku dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, aktiviti seludup masuk daging lembu tidak halal

Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.

Menurut sumber, kebanyakan daging sejuk beku yang tidak mendapat pengiktirafan halal itu diimport dari benua Amerika melalui pelabuhan utama negara.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Saiful Yazan Alwi meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil kepada Maqis bagi menyalurkan informasi berkaitan aktiviti berkenaan.

Beliau turut mencabar mana-mana pihak untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mengesyaki sebarang ketirisan dilakukan pegawai dan anggota jabatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Seludup daging sejuk beku: Maqis cabar lapor SPRM