Pasukan Hazmat bersih tumpahan bahan kimia depan kilang ais

Anggota Hazmat dari BBP Gebeng dikerah bagi membantu membersihkan tumpahan bahan kimia di hadapan sebuah kilang ais di Indera Mahkota di sini, petang tadi. -Foto Bomba Pahang
Anggota Hazmat dari BBP Gebeng dikerah bagi membantu membersihkan tumpahan bahan kimia di hadapan sebuah kilang ais di Indera Mahkota di sini, petang tadi. -Foto Bomba Pahang
A
A
A

KUANTAN - Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng digerakkan bagi membantu membersihkan tumpahan bahan kimia di hadapan sebuah kilang ais di Indera Mahkota di sini, petang tadi.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 2.54 petang itu, kejadian melibatkan tumpahan 15 liter bahan kimia jenis ammonia.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, 25 anggota bomba termasuk pegawai bersama empat jentera dan sebuah jentera Hazmat dikerah ke lokasi untuk operasi pembersihan.

Menurutnya, operasi yang diketuai Pakar Hazmat negeri Pahang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Roslan Mat Din turut melibatkan anggota dan pegawai dari BBP Indera Mahkota dan Kuantan.

"Kawasan yang terjejas seluas 20 kaki persegi namun bahan kimia berkenaan berjaya dineutralkan.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini," katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Anuar berkata, kawasan tumpahan disahkan selamat selepas kerja pembersihan selesai dijalankan.

Artikel Berkaitan: