GM Klang lancar kempen 'Support Local, Shop Local'

Orang ramai boleh memberikan sokongan dengan menyertai peraduan media sosial GM Klang di Facebook atau Instagram.
Orang ramai boleh memberikan sokongan dengan menyertai peraduan media sosial GM Klang di Facebook atau Instagram.
A
A
A

SEBAGAI tanda sokongan kepada Kempen Beli Barangan Malaysia yang diusahakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Pusat Borong GM Klang melancarkan kempen 'Support Local, Shop Local' yang berlangsung bermula 23 November sehingga 23 Disember ini.

Penolong Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Nur Faezah Mohd Arsad berkata, kempen itu juga merupakan inisiatif pusat borong itu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenama dan produk buatan Malaysia.

"Objektif kami adalah untuk menekankan kepentingan membeli barangan tempatan yang akan turut memberi impak positif terhadap sosial ekonomi.

"Melalui usaha ini, kami ingin menjadikan GM Klang sebagai antara lokasi pilihan orang ramai setiap kali mereka mencari barangan lokal. Kami juga ingin mendorong semua pembeli dan perniagaan tempatan untuk menyokong dan membeli barangan tempatan melalui GM Klang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain menyokong dengan membeli produk tempatan yang sedia ada di GM Klang, kempen itu juga dihebahkan melalui dalam talian untuk kesedaran orang ramai.

Katanya, orang ramai boleh memberikan sokongan dengan menyertai peraduan media sosial GM Klang di Facebook atau Instagram dengan langkah mudah iaitu memuat naik foto membeli produk tempatan di GM Klang, lengkapkan kapsyen

mengapa kempen 'Beli Barangan Tempatan' adalah terbaik, diikuti hashtag #SupportLocalShopLocal dan tag akaun media sosial GM Klang.

"Seramai 10 pemenang akan dipilih dan akan memenangi baucar tunai yang berjumlah RM7,000 secara keseluruhan untuk membeli-belah pelbagai barangan jenama dan buatan tempatan di GM Klang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Seramai 10 pemenang akan dipilih dan akan memenangi baucar tunai yang berjumlah RM7,000 secara keseluruhan.
Seramai 10 pemenang akan dipilih dan akan memenangi baucar tunai yang berjumlah RM7,000 secara keseluruhan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pusat Borong GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata, usaha #SupportLocalShopLocal akan mendorong komuniti GM Klang untuk berbelanja dengan selamat.

"Ia merangkumi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan, penggunaan ewallet atau e-pembayaran dan menggunakan khidmat penghantaran yang disediakan oleh pemborong dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Perniagaan-perniagaan tempatan ini telah lama ada untuk kita. Jadi, kini kita harus memberikan sokongan untuk mereka. Terdapat pelbagai cara untuk orang ramai menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan ini terutamanya ketika PKPB dan pada musim cuti akhir tahun.

"Ini akan menguatkan lagi tanggungjawab dan kemampuan kami untuk menyediakan persekitaran membeli-belah yang selamat untuk orang ramai, manakala pelanggan GM Klang pula boleh melaksanakan tugas patriotik mereka dengan mengikuti SOP dan menyokong pembelian barangan tempatan," katanya.