X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

Ismail Sabri ketika sidang akhbar mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kementerian Pertahanan hari ini.
 - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan keperluan untuk mewajibkan semua pekerja asing menjalani saringan koronavirus (Covid-19) setiap dua minggu, kata kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah kepada saringan kesihatan yang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Setakat ini, kita akan mulakan ujian calitan kepada semua pekerja asing (di negeri dikenakan PKPB), kalau mereka negatif kita akan kuarantin dan jika positif kita hantar ke hospital.

“Kalau ada keperluan untuk ujian calitan setiap dua minggu kita akan bincangkan, untuk pusingan pertama ini (melibatkan) 1.7 juta (pekerja asing) kita selesai saring mereka ini dulu,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan supaya saringan kesihatan diwajibkan bagi semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan melalui kaedah RTK Antigen.

Menurutnya, ia penting bagi mengurangkan risiko kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berakhir 6 Disember ini mungkin dilanjutkan sekiranya terdapat pertambahan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu akan ditentukan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat membuat penilaian risiko di lokasi PKPB berkenaan.

"Kita akan umumkan perkara ini (sama ada dilanjutkan PKPB atau tidak) berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan KKM dalam minggu terakhir sebelum 6 Disember ini.

"Sekiranya terdapat pertambahan kes positif baharu di kawasan-kawasan ini, mungkin PKPB dilanjutkan tetapi sekiranya tiada jangkitan baharu ia akan ditamatkan," katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya tamat pada 9 November lalu disambung sehingga 6 Disember ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!