Sancho kembali ke prestasi terbaiknya: Favre

Sancho (kiri) meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. - Foto goal.com
Sancho (kiri) meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. - Foto goal.com
A
A
A

PENGENDALI Borussia Dortmund, Lucien Favre yakin Jadon Sancho akan kembali ke prestasi terbaiknya setelah berjaya menjaringkan gol pada aksi Liga Juara-Juara berdepan Club Brugge kelmarin.

Menurut Favre, dia nyata gembira apabila Sancho dilihat sudah mula menemui sentuhan jaringannya seperti sebelum ini.

Katanya, justeru pemain yang dikaitkan dengan perpindahan dengan Manchester United musim lalu itu akan mampu menjaringkan gol lagi selepas ini.

“Tentunya saya sungguh gembira apabila melihat dia (Sancho) kembali menemui sentuhan jaringannya pada perlawanan ini.

“Gol itu adalah hasil daripada satu sepakan percuma yang cantik. Hanya ada beberapa pemain yang mampu melakukan jaringan sedemikian dan dia melakukannya dengan sangat baik.

“Gol itu juga melegakan kita. Secara keseluruhannya, dia juga beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan,” katanya.

Untuk rekod, gol minit ke-45 itu turut menjadikan Sacnho sebagai pemain Inggeris pertama yang berjaya menjaringkan gol hasil sepakan percuma terus dalam saingan Liga Juara-Juara ketika mewakilli pasukan di luar saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas David Beckham melakukannya ketika beraksi dengan Real Madrid pada 2005 lalu.

Sementara itu Favre optimis, pemain kebangsaan England berusia 20 tahun itu akan terus menjaringkan lebih banyak gol selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimananapun, Favre juga percaya bahawa Sancho juga manusia biasa yang tidak selalu konsisten dan berada pada tahap prestasi yang terbaik.

“Ia perkara normal kerana seorang pemain itu tidak selamanya berada pada prestasi terbaiknya.

“Apa pun, saya akan tetap bertenang kerana hanya kita yang mengenal pemain kita dan mereka (pemain) ini tidak selalunya berada pada prestasi terbaik sepanjang tahun,” katanya.