Lelaki cuba samun wanita dalam tandas ditahan

Seorang wanita cuba disamun seorang lelaki semasa berada dalam tandas sebuah stesen minyak di Lebuh Cemerlang, Johor Bahru kelmarin. Gambar hiasan 123RF
Seorang wanita cuba disamun seorang lelaki semasa berada dalam tandas sebuah stesen minyak di Lebuh Cemerlang, Johor Bahru kelmarin. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan kerana cuba melakukan samun terhadap seorang wanita dalam tandas di sebuah stesen minyak Lebuh Cemerlang di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, suspek lelaki berusia 21 tahun ditangkap anggota polis dari Balai Polis Desa Cemerlang yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan sekitar tempat kejadian.

"Sebelum itu, wanita tempatan berusia 26 tahun itu masuk ke tandas pada jam 9.45 malam. Semasa berada dalam tandas, beg tangan mangsa ditarik seorang lelaki tidak dikenali.

"Mangsa telah melawan dengan menolak dan suspek gagal mengambil beg tangan mangsa. Suspek melarikan diri apabila mangsa menjerit meminta pertolongan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, anggota polis yang menyedari kejadian tersebut sempat mengejar dan menangkap suspek.

Katanya, turut dirampas sebuah motosikal yang dipercayai milik suspek.

"Suspek ditahan reman selama lima hari mulai semalam untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau boleh juga didenda," katanya.

Artikel Berkaitan: