Laman web, aplikasi Maybank alami masalah sambungan

Laman web rasmi dan aplikasi mudah alih Malayan Banking Bhd, Maybank2u sedang mengalami masalah sambungan pada petang ini.
Laman web rasmi dan aplikasi mudah alih Malayan Banking Bhd, Maybank2u sedang mengalami masalah sambungan pada petang ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laman web rasmi dan aplikasi mudah alih Malayan Banking Bhd, Maybank2u sedang mengalami masalah sambungan pada petang ini.

Menerusi akaun Twitter rasmi mereka @MyMaybank, bank itu berkata, laman web Maybank2u dan aplikasinya sedang mengalami masalah kelambatan sekali-sekala.

"Pada masa ini, sila gunakan aplikasi MAE kami untuk melaksanakan transaksi perbankan anda. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih atas kesabaran dan kefahaman anda. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” kata Maybank. - Bernama

Artikel Berkaitan: