ESSCom rampas syabu, pil ecstasy bernilai RM2.4 juta

Ahmad Fuad menunjukkan syabu yang dirampas pasukan keselamatan ESSCom dalam sidang akhbar di IPD Tawau.
Ahmad Fuad menunjukkan syabu yang dirampas pasukan keselamatan ESSCom dalam sidang akhbar di IPD Tawau.
A
A
A

TAWAU - Pasukan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) merampas 54.35 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan 234 biji pil ecstasy bernilai RM2.4 juta di perairan Kuala Sungai Tawau lama awal pagi semalam.

Komander ESSCom, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, rampasan dibuat selepas pasukan keselamatan mengesan sebuah bot laju dilihat dalam keadaan mencurigakan dipercayai dari Tawau ke perairan Indonesia kira-kira jam 9.20 malam Isnin lalu.

Ahmad Fuad menunjukkan syabu yang dirampas pasukan keselamatan ESSCom dalam sidang akhbar di IPD Tawau.
Ahmad Fuad menunjukkan syabu yang dirampas pasukan keselamatan ESSCom dalam sidang akhbar di IPD Tawau.

"Aset laut ESSCom yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalankan Operasi Cegah pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya memintas bot berkenaan.

"Bagaimanapun, kehadiran pasukan keselamatan disedari oleh suspek sebelum berpatah balik dan bertindak melarikan diri ke arah Sungai Tawau Lama," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama pasukan keselamatan ESSCom yang sedang menjalankan rondaan Operasi Cegah PATI Daratan bergegas ke lokasi untuk melakukan serbuan, namun dua suspek bertindak meninggalkan bot berkenaan dan berjaya melarikan diri ke kawasan gelap.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan menemui tiga kotak berlainan saiz mengandungi sebanyak 51 bungkusan berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 54.35kg serta satu peket plastik berisi 234 biji pil ecstasy di dalamnya," katanya.

Ahmad Fuad menunjukkan syabu yang dirampas pasukan keselamatan ESSCom dalam sidang akhbar di IPD Tawau.
Ahmad Fuad menunjukkan syabu yang dirampas pasukan keselamatan ESSCom dalam sidang akhbar di IPD Tawau.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Fuad berkata, jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM2.4 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan pihak ESSCom sejak Operasi Cegah PATI Darat dan Laut dilancarkan pada Mac lalu.

"Operasi ini adalah inisiatif rondaan bersama yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM, APMM dan TLDM yang bertujuan mengekang kemasukan PATI bagi memutuskan rantaian penularan koronavirus (Covid-19) serta mencegah kegiatan jenayah lain.

"Sehubungan itu, ESSCom tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan semua aktiviti haram dan akan berhadapan tindakan undang-undang jika didapati terbabit dalam aktiviti itu," katanya.