UJSB rugi bersih lebih RM9.95 bilion

MOHD SHAHAR
MOHD SHAHAR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencatat kerugian bersih RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 14 Disember 2018 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah berkata, UJSB hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM234 juta sepanjang tempoh itu berdasarkan hasil dividen dan sewaan aset milik syarikat terbabit.

Menurutnya, jumlah pendapatan kecil itu tidak dapat menampung kerugian operasi disumbangkan antaranya melalui perekodan kerugian nilai saksama ke atas instrumen ekuiti sebanyak RM7.57 bilion dan kerugian rosot nilai berjumlah RM1.177 bilion.

"Jumlah nilai saksama aset UJSB pula adalah sebanyak RM10.33 bilion berbanding jumlah liabiliti sebanyak RM20.29 bilion.

"Keadaan ini sudah dijangka memandangkan aset Tabung Haji (TH) dipindah milik kepada UJSB dibuat bukan pada nilai saksama iaitu RM9.7 bilion, sebaliknya pada nilai buku dengan premium RM19.9 bilion. Ini menjadikan jurang lebihan liabiliti berbanding aset terpaksa ditanggung UJSB berjumlah RM10.2 bilion," katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang meminta kerajaan menyatakan prestasi kewangan UJSB setakat ini.

Artikel Berkaitan: