Maqis rampas udang ketak tanpa permit

Pihak Maqis merampas udang ketak yang cuba dieksport ke Singapura tanpa permit di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang malam tadi.
Pihak Maqis merampas udang ketak yang cuba dieksport ke Singapura tanpa permit di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang malam tadi.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor mematahkan cubaan eksport udang ketak tanpa permit ke Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang di sini malam tadi.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, hasil pemeriksaan rapi pegawai Maqis di laluan lori eksport KSAB pada jam 10 malam menemui 95 kilogram udang ketak tidak diikrarkan dan disorokkan bersama tong-tong ikan yang mempunyai permit bagi mengelirukan pihak berkuasa.

"Kesemua udang ketak yang dianggarkan bernilai RM4,085 itu dirampas untuk tindakan lanjut. Susulan itu, pemandu lori warga tempatan berusia 40 ditahan untuk siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak Maqis merampas udang ketak yang cuba dieksport ke Singapura tanpa permit di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang malam tadi.
Pihak Maqis merampas udang ketak yang cuba dieksport ke Singapura tanpa permit di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang malam tadi.

Katanya, pihak Maqis sentiasa memantau sebarang kemasukan dan keluaran yang melibatkan keluaran pertanian dan penternakan supaya mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negeri bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.

Artikel Berkaitan: