Lepas raya serang saya semula: Pesan Najib pada Kit Siang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Obsesi veteran DAP, Lim Kit Siang terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian si empunya diri.

Najib melalui hantaran Facebooknya hari ini berkata, Kit Siang perlu berehat buat sementara waktu daripada 'menyerangnya' dan menikmati perayaan Tahun Baru Cina.

Respon itu dibuat susulan kenyataan Kit Siang yang mengatakan Najib dengan Facebook antara dua perangkap terbesar buat PH.

Perangkap utama dakwa Najib seperti yang yang dikatakan Kit Siang adalah kerjasama Umno dan Pas di bawah penyatuan Ummah.

"Serius Kit Siang kata, saya main Facebook ialah antara perangkap paling bahaya untuk PH.

"Rehatlah, YB MenHEN (Menteri Hal Ehwal Najib: gelaran diberikan kepada Kit Siang oleh Najib).

"Sudah masuk cuti Gong Xi Fa Cai. Lepas raya baru sambung untuk serang saya," katanya.

Najib sebelum ini mempersoalkan mengapa Kit Siang terus menjadikan dirinya sebagai modal serangan politik.

Artikel Berkaitan:

Malah Najib turut berkongsi bahawa Kit Siang menulis 11,400 kali nama 'Najib' di blog milik Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.