Kafa minta dedahkan empat individu terlibat penipuan

Kafa cadang pengurusan Kelantan FC dedahkan identiti empat individu terkenal yang terlibat dalam kes penipuan terhadap pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman.
Kafa cadang pengurusan Kelantan FC dedahkan identiti empat individu terkenal yang terlibat dalam kes penipuan terhadap pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman.
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi cadangan supaya pengurusan Kelantan FC mendedahkan identiti empat individu terkenal yang terlibat dalam kes penipuan terhadap pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman.

Naib Presiden Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, ini kerana ramai penyokong memberi tumpuan kepada isu berkenaan dan mahu mengetahui siapakah individu yang terlibat.

"Ramai penyokong tertumpu kepada Kafa dan individu dalam persatuan apabila peguam TRW FC mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu semalam.

"Ada empat individu terkenal dalam bola sepak menipu pemilik Kelantan FC melibatkan jutaan ringgit... dedahkan identiti individu yang terlibat itu supaya penyokong dan peminat bola sepak Kelantan tahu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Kelantan FC tidak teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap empat individu berpengaruh dalam arena bola sepak susulan penipuan terhadap pemilik pasukan Kelantan FC itu.

Beliau berkata, pendedahan itu penting bagi mengenal pasti empat individu itu yang didakwa terlibat dengan kes itu dan mengelak berlakunya pelbagai spekulasi liar.

"Saya cadangkan pihak Kelantan FC dedahkan nama-nama empat orang yang dimaksudkan ini. Sekali gus kita boleh kenal siapa mereka.

"Jika mereka rasa tidak bersalah boleh lawan di mahkamah. Saya boleh cadangkan peguam dalam kalangan kawan-kawan saya juga ada yang hebat jika mereka rasa tidak bersalah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sejak Norizam mengambil alih Kelantan FC pada September lepas, pelbagai pembaharuan dilakukan demi kebaikan pasukan itu termasuk membuat pembayaran tunggakan gaji pemain serta hutang yang mencecah jutaan ringgit. - Bernama