X

Kindly register in order to view this article
!

KPT tidak pinggirkan UiTM

Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meminggirkan kepentingan institusi pendidikan bumiputera seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), malah memperuntukkan sebanyak RM1.861 bilion pada tahun 2020 termasuk pembinaan Hospital UiTM (HUiTM).
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meminggirkan kepentingan institusi pendidikan bumiputera seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, buktinya kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.861 bilion pada tahun 2020 termasuk pembinaan Hospital UiTM (HUiTM).

“Bagaimanapun, bagi tahun 2021 peruntukan tersebut diasingkan. Secara keseluruhannya, pada tahun 2020, peruntukan untuk UiTM (tidak termasuk HUiTM) sebanyak RM1.737 bilion, manakala RM1.733 bilion untuk tahun 2021 iaitu pengurangan sebanyak RM3 juta atau 0.18 peratus sahaja ditampung kementerian melalui penjimatan dalaman yang dilaksanakan.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa peruntukan pembangunan yang diterima UiTM dalam Bajet 2021 lebih tinggi berbanding peruntukan 2020. Dalam tahun 2020, sebanyak RM877.1 juta diperuntukkan kepada UiTM, manakala sebanyak 901.42 juta bagi tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Noraini (BN-Parit Sulong) menegaskan, pihaknya turut mengutamakan kebajikan warga UiTM.

“Justeru, saya ingin menyatakan jaminan bahawa 100 peratus peruntukan emolumen kepada kakitangan akademik akan disalurkan.

“Selain itu, kementerian juga memberi jaminan bahawa pembayaran gaji dan emolumen kepada kakitangan kontrak (EKK) akan turut dibiayai kerajaan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!