Proses peralihan semakin hampir: Joe Biden

Pasukan peralihan Biden boleh mengakses sumber dan perkhidmatan pasca-pilihan raya, selepas lebih dua minggu media utama membuat unjuran mengenai keputusan pilihan raya.
Pasukan peralihan Biden boleh mengakses sumber dan perkhidmatan pasca-pilihan raya, selepas lebih dua minggu media utama membuat unjuran mengenai keputusan pilihan raya.
A
A
A
WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, proses peralihan sudah semakin hampir, walaupun terdapat kelewatan mengakses sumber dan berkomunikasi dengan pegawai pentadbiran Donald Trump, lapor agensi berita Sputnik.

Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) AS pada Isnin berkata, pihaknya memutuskan pasukan peralihan Biden boleh mengakses sumber dan perkhidmatan pasca-pilihan raya, selepas lebih dua minggu media utama membuat unjuran mengenai keputusan pilihan raya. Presiden Trump bersetuju dengan keputusan GSA, walaupun belum akur dengan kekalahan.

"Kami semakin hampir, tidak seperti yang dijangka," kata Biden kepada NBC News pada Selasa.

Sejurus pengumuman GSA, Biden berkata, pasukan peralihan Trump menghubunginya untuk bekerjasama dalam aspek pembangunan vaksin dan memastikan beliau mendapat taklimat mengenai maklumat risikan, antara lain berkaitan isu keselamatan. - Bernama
Artikel Berkaitan: