AES: Kaji semula Sistem Mata Demerit

Mahfuz (kiri) bertanya khabar Abdul Hamid dan Zaiton pada majlis penyerahan cek di sini, hari ini.
Mahfuz (kiri) bertanya khabar Abdul Hamid dan Zaiton pada majlis penyerahan cek di sini, hari ini.
A
A
A

AYER HITAM - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar enggan mencampuri isu berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Menurutnya, semua pihak jelas mengenai pendirian peribadinya selama ini berkaitan isu berkenaan dan percaya kerajaan harus memberi pertimbangan sewajarnya.

"Cuma sebarang maklum balas berhubung isu tersebut perlu dirujuk kepada kementerian berkaitan.

"itu bidang kuasa mereka dan saya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia tak boleh sentuh hal-hal berkaitan Kementerian Pengangkutan," katanya ketika mengulas mengenai pendiriannya tentang AES memandangkan beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena merupakan antara individu paling lantang membantah AES sebelum ini.

Dalam pada itu, Mahfuz juga meminta kerajaan mengkaji semula Sistem Mata Demerit yang disifatkannya sebagai hukuman dua kali kepada pengguna jalan raya.

"Pertama pengguna perlu bayar kompaun dan kemudian mata demerit juga akan dipotong sehingga sampai satu peringkat lesen pengguna boleh digantung.

"Jelas di sini ia menunjukkan dua kali mereka dihukum dan bagi saya ia tidak wajar," katanya.

Ketika ditanya tentang video-video lama yang memaparkannya membantah AES kembali diviralkan, Mahfuz berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Tidak ada apa, itu saya bagi kerja tambahan kepada mereka sebagai sumber pendapatan tambahan mungkin YouTube boleh bayar kepada mereka," katanya berseloroh.

Terdahulu, Mahfuz menyampaikan Cek Faedah Pengurusan Jenazah kepada keluarga kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara, Allahyarham Norwahidah Abdul Hamid yang meninggal dunia dalam kebakaran di Sepang, Selangor, Isnin lalu.

Cek itu disampaikan kepada kedua ibu bapa Allahyarham, Abdul Hamid Yunus dan Zaiton Ismail, 57 di Kampung Baru Tepi Laut, di sini hari ini.