Tujuh keluarga terputus hubungan

Azmir (kanan) dan Muhammad Fareez (dua dari kanan) serta pasukan penyelamat menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Tasek, Pak Kundor, Pasir Puteh yang terperangkap akibat banjir semalam.
Azmir (kanan) dan Muhammad Fareez (dua dari kanan) serta pasukan penyelamat menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Tasek, Pak Kundor, Pasir Puteh yang terperangkap akibat banjir semalam.
A
A
A

PASIR PUTEH - Anggota pasukan penyelamat terpaksa menyelusuri Sungai Buaya Ikat sejauh satu kilometer untuk mengagihkan bantuan kepada tujuh keluarga yang terperangkap selepas kawasan rumah mereka di Kampung Tasek, Tok Kundur di sini ditenggelami banjir.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azmir Damiri berkata, hujan lebat sejak malam kelmarin menyebabkan paras air sungai naik menyebabkan laluan masuk ke kampung berkenaan terputus.

“Sebagai langkah awal, kami datang menghulurkan bantuan makanan kepada semua yang terlibat dalam usaha memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19).

“Kita telah sepakat untuk tidak memindahkan mereka (mangsa banjir) ini ke pusat pemindahan,” katanya selepas turun padang menyampaikan sumbangan kepada keluarga terlibat di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar; Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat serta Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh (Khidmat Pengurusan), Muhammad Fareez Rosli.

Azmir berkata, bagaimanapun, jika keadaan menjadi lebih buruk, penduduk yang terlibat dengan banjir akan segera dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Artikel Berkaitan: