Tiga sungai di Kelantan lepasi tahap berjaga-jaga

Keadaan terkini paras air Sungai Golok berikutan hujan lebat sejak kelmarin.
Keadaan terkini paras air Sungai Golok berikutan hujan lebat sejak kelmarin.
A
A
A

KOTA BHARU - Paras air tiga sungai di Kelantan pada hari kedua banjir di negeri ini melepasi tahap berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Berdasarkan infobanjir.water.gov.my sehingga jam 8 pagi ini, Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan bacaan 22.38 meter (m) berbanding paras berjaga-jaga 20m manakala Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah pula 13.23m (berjaga-jaga 12m).

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan 7.59m berbanding paras berjaga-jaga iaitu 7m.

Selain itu, dua sungai di Gua Musang iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh, melepasi paras normal iaitu berada pada bacaan 62.96m (normal 62m) dan Sungai Galas di Limau Kasturi pula kini 53.68m berbanding paras normal 53m.

Di Pasir Pas pula, paras Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong pula ialah 15m yang mana bacaan paras normal ialah 16.76m.

Sungai Semerak di Pasir Puteh pula ialah 0.81m dan sukatan untuk paras normal ialah 0.70m.

Artikel Berkaitan: