X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Mahsuri Food sumbang RM15,000 untuk rakyat Sabah terjejas Covid-19

Mohd Jazri (kanan) dan Ikhlas menunjukkan produk keluaran Mahsuri Food Sdn Bhd.
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan Malaysia, Mahsuri Food Sdn Bhd menyumbangkan bantuan sebanyak RM15,000 menerusi inisiatif ‘Ikhlas untuk Sabah’ bagi membantu rakyat Sabah yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Komersil Mahsuri Food Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, pihaknya menyasarkan untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan asas kepada kira-kira 300 ahli keluarga di sekitar kawasan Sandakan dan Semporna.

“Barang keperluan asas untuk program ini dibeli dari kedai runcit tempatan di Sabah dan diharap ia juga dapat membantu industri runcit tempatan di negeri itu.

“Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu warga asnaf di Sabah,” katanya kepada Sinar Harian pada sesi penyerahan cek di Wisma Tune di sini semalam.

Mohd Jazri (kanan) menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Ikhlas bagi dana ‘Ikhlas untuk Sabah’ di Wisma Tune, Kuala Lumpur semalam.
Mohd Jazri (kanan) menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Ikhlas bagi dana ‘Ikhlas untuk Sabah’ di Wisma Tune, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Ketua Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata, pihaknya menyambut baik dan berterima kasih kepada Mahsuri Food Sdn Bhd atas sokongan dengan turut menyumbang dana bagi menjayakan program tersebut.

Menurutnya, inisiatif ‘Ikhlas untuk Sabah’ dilancarkan pada 27 Oktober lalu, khusus bagi membantu rakyat Sabah yang terjejas teruk akibat Covid-19.

“Semua dana yang diperoleh menerusi program ini akan disalurkan sepenuhnya kepada rakyat Sabah.

“Alhamdulillah, setakat ini jumlah sumbangan hampir mencecah 70 peratus sasaran dan kita yakin dapat mencapai sasaran sebanyak RM250,000 sebaik sahaja kempen ini berakhir pada 30 November ini,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan dana oleh Mahsuri Food Sdn Bhd akan digunakan untuk pengagihan barang keperluan asas oleh Ikhlas dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada hujung minggu ini.

“Disebabkan fokus bantuan kita untuk penduduk di kawasan yang agak pedalaman dan banyak tidak diketahui oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), maka kita memerlukan kerjasama daripada pihak ESSCOM,” kata Ikhlas.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!