Hanya Hulu Terengganu belum terjejas banjir

Penduduk Kampung Petaling, Kuala Nerus memindahkan barangan setelah kediaman mereka dinaiki air.
Penduduk Kampung Petaling, Kuala Nerus memindahkan barangan setelah kediaman mereka dinaiki air.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin memburuk dengan mangsa terlibat seramai 690 orang, meningkat sekali ganda berbanding semalam.

Sehingga kini, semua daerah di Terengganu iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun, Setiu, Besut dan terbaharu Kemaman telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS), kecuali daerah Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, daerah Hulu Terengganu turut dalam keadaan berjaga-jaga susulan hujan berterusan di seluruh Terengganu ketika ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, ketika ini 24 PPS telah dibuka bagi menempatkan 184 keluarga.

“Jumlah mangsa yang terlibat di daerah Kuala Terengganu meningkat kepada 101 orang melibatkan 27 keluarga dan mereka kini ditempatkan di dua PPS, manakala jumlah mangsa di Kuala Nerus menurun kepada 206 orang, melibatkan 52 keluarga.

“Tujuh PPS dibuka di Dungun yang menempatkan 34 keluarga dan melibatkan 131 orang manakala di Setiu, jumlah mangsa kini seramai 125 orang dari 40 keluarga dan mereka kini ditempatkan di enam PPS,” katanya.

Di Marang pula, 90 mangsa daripada 21 keluarga kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan, manakala di Besut terdapat 10 mangsa daripada lima keluarga yang kini ditempatkan di sebuah PPS.

Seramai 27 mangsa di Kemaman kini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan yang melibatkan lima keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Terengganu kembali dilanda banjir

Ibu berpantang, bayi 14 hari antara mangsa banjir

Artikel Berkaitan: