Sila log masuk terlebih dahulu.

Impian bina rumah kebajikan

Che Norhayati berharap percubaan kali pertama menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku membuahkan hasil.
Che Norhayati berharap percubaan kali pertama menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku membuahkan hasil.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang aktivis masyarakat berharap percubaan kali pertama menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku membuahkan hasil untuk membantu kerja-kerja kebajikan yang dilakukan sejak enam tahun lalu.

Che Norhayati Mohamed, 54, berkata, sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kisah suka duka dilaluinya bagi membantu golongan yang memerlukan, malah beliau mempunyai impian yang besar untuk memiliki rumah kebajikan sendiri.

“Sudah lama saya idam untuk membina rumah bagi menempatkan orang-orang tua di Kuala Krai.

“Manalah tahu mungkin rezeki saya menang peraduan, jadi dengan hadiah wang tunai RM30,000 ini dapatlah saya gunakan sebagai modal untuk membeli tanah dan selebihnya akan diusahakan dengan penggerak yang selama ini sentiasa bersama,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Che Norhayati yang merupakan Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society berkata, dalam tempoh sukar akibat pandemik koronavirus (Covid-19), banyak keluarga yang terkesan.

“Jadi, jika ada rezeki menang peraduan, dapatlah saya agihkan juga wang kemenangan tersebut kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha Sinar Harian menganjurkan peraduan tersebut bagi memberi peluang kepada pembaca memenangi pelbagai hadiah menarik.

“Soalan yang dikemukakan juga membantu pembaca mengenali lebih banyak lokasi menarik di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang saya tidak tahu terdapat di Malaysia. Saya terpaksa mencari jawapan di internet yang secara tidak langsung membantu menambah pengetahuan saya,” katanya.