Rakyat mahu penangguhan!

Memang bank berikan penangguhan secara bersasar tapi itu tak memadai. Kesan Covid-19 ini menyeluruh, bukan pada golongan tertentu sahaja.
Memang bank berikan penangguhan secara bersasar tapi itu tak memadai. Kesan Covid-19 ini menyeluruh, bukan pada golongan tertentu sahaja.
A
A
A

NAMPAKNYA Menteri Kewangan masih tak faham apa yang sebetulnya rakyat mahu daripada Belanjawan 2021.

Mereka tak peduli banyak mana bajet tu. Mereka tak mahu tahu segala insentif yang kononnya akan pulihkan ekonomi era Covid-19.

Bagi rakyat yang terbanyak yang berhutang pada institusi kewangan, mereka mahu dilanjutkan penangguhan bayaran bulanan atau moratorium.

Memang bank berikan penangguhan secara bersasar tapi itu tak memadai. Kesan Covid-19 ini menyeluruh, bukan pada golongan tertentu sahaja. Ini termasuk syarikat kecil dan sederhana (PKS).

Mungkin Menteri Kewangan tak sedar derita rakyat masa ini.

Nak bayar balik ansuran rumah, kenderaan dan macam-macam jadi beban besar pada mereka. Nak pastikan ada makanan atas meja pun susah bagi banyak keluarga sekarang.

Awang setuju dengan pendirian Barisan Nasional (BN) yang mahukan moratorium ini dilanjutkan.

Bossku Tuk Seri Najib pun cakap benda yang sama. Begitu juga Tuk Seri Anwar. Banyak ahli Parlimen yang didesak oleh pengundi untuk perjuangkan hal itu bagi pihak mereka.

Artikel Berkaitan:

Keutamaan kedua ialah untuk benarkan pencarum keluarkan wang daripada akaun satu KWSP. Itulah dua perkara yang patutnya diambil endah oleh Menteri Kewangan.

Bajet prihatin patutnya ambil kira harapan utama rakyat. Ahli Parlimen kena fikir kepentingan rakyat pada hari Khamis ini!