X

Kindly register in order to view this article
!

Tipu pemilik TRW, Kelantan FC mahu ambil tindakan undang-undang

Sejak menerajui TRW, Norizam berjaya menyelesaikan masalah gaji pemain dan pegawai TRW selain beban hutang yang ditanggung Kelantan.
A
A

KELANTAN FC akan mengambil tindakan undang-undang terhadap empat individu berpengaruh dalam bola sepak tempatan yang dipercayai menipu pemilik kelab itu, Norizam Tukiman.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kelantan FC, mereka memberi tempoh sehingga 26 November ini kepada keempat-empat individu tersebut melangsaikan hutang dan memenuhi semua perjanjian termasuk ganti rugi.

"Pihak Kelantan FC sudah menerima surat permohonan maaf dan penangguhan kali kedua pada jam 2.30 petang daripada wakil empat individu yang terlibat dalam penipuan ini.

"Mereka berjanji melangsaikan hutang dan memenuhi semua perjanjian termasuk ganti rugi yang dijanjikan sebelum 26 November ini.

"Selepas tarikh itu, jika mereka gagal melaksanakannya, kami akan meneruskan dengan tindakan undang-undang termasuk saman bagi mendapatkan ganti rugi atas kerosakan yang telah berlaku," kata kenyataan itu.

Pada awal September lalu, Norizam yang juga usahawan dan pakar pelaburan sah mengambil alih 100 peratus saham syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd., anak syarikat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Sejak menerajui TRW, Norizam atau lebih terkenal dengan panggilan Zamburger berjaya menyelesaikan masalah gaji pemain dan pegawai TRW selain beban hutang yang ditanggung Kelantan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!