Donald Trump 'move on'

Trump (kiri) tetap akan meneruskan tuntutan undang-undang ke atas keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2020.
Trump (kiri) tetap akan meneruskan tuntutan undang-undang ke atas keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2020.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya memberi lampu hijau membenarkan proses peralihan kuasa kepada bakal pengganti beliau di Rumah Putih, Joe Biden selepas beberapa minggu menentang langkah tersebut kerana tidak dapat menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Presiden AS 2020.

Menerusi surat dihantar kepada Biden semalam, GSA mengesahkan mereka kini bersedia untuk melakukan proses peralihan kuasa Presiden AS secara rasmi.

“Biden kini mempunyai akses kepada sumber yang dinafikan sebelum ini kerana cabaran undang-undang cuba membatalkan kemenangannya,” kata Pentadbir GSA, Emily Murphy.

Pengumuman mengejut tersebut dibuat tidak lama selepas pegawai di Michigan mengesahkan kemenangan Biden sekali gus menjadikan cubaan tindakan undang-undang diambil Trump untuk membatalkan keputusan pilihan raya pada 3 November lalu yang didakwa berlaku penipuan mungkin tidak akan berjaya.

Menurut Trump, beliau bersama penasihatnya akan meneruskan tuntutan tersebut, namun pemimpin tersebut seakan-akan memberi isyarat bahawa waktu sudah semakin hampir untuk ‘move on’.

“Kami akan terus memperjuangkan kes ini dan saya yakin kami akan menang! Bagaimanapun, demi kepentingan negara ini, saya telah menyarankan supaya Emily dan pasukannya melakukan apa yang perlu dibuat mengikut protokol awal dan turut meminta pasukan saya mengambil tindakan sama,” katanya menerusi Twitter.

Sementara itu, pasukan peralihan Biden memaklumkan mereka akan mula mengadakan pertemuan dengan pegawai persekutuan berhubung tindak balas Washington terhadap pandemik koronavirus (Covid-19) dan mesyuarat berkaitan isu keselamatan negara.

Langkah itu bermakna pasukan Biden kini akan memperoleh dana persekutuan dan pejabat rasmi untuk melaksanakan proses peralihan sehingga beliau mengambil alih jawatan pada 20 Januari 2021.

Artikel Berkaitan:

Awal semalam, Biden turut menamakan beberapa individu yang akan membarisi Kabinet di bawah pentadbiran beliau termasuk melantik Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara dan bekas calon Presiden Demokrat pada 2004, John Kerry sebagai Wakil Khas Iklim. - Agensi