Kerajaan pastikan pelajar dapat pendidikan berkualiti

Mohd Radzi Md Jidin
Mohd Radzi Md Jidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mencari kaedah pembelajaran berkesan bagi memastikan pelajar mendapat peluang pendidikan berkualiti di sebalik penutupan sekolah ekoran gelombang ketiga pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin mengakui walaupun pelajar tiada ruang untuk belajar secara bersemuka namun kementerian akan mengatasinya dengan mengoptimumkan kaedah pembelajaran.

Menurutnya, antaranya ialah dengan mengedarkan bahan pengajaran kepada murid yang tiada akses internet.

“Kita akui, murid-murid hilang masa sekolah. Inilah cabaran utama kita ketika berlaku gelombang ketiga.

“Kita tidak mahu jika sekolah dibuka, akan berlaku jangkitan kerana seperti kita maklum, berlaku banyak kluster di tempat kerja dan ini akan menyebabkan anak-anak juga berisiko mendapat jangkitan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dibangkitkan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menyatakan kerisauan mengenai sesi persekolahan yang hanya dibuka kira-kira empat bulan sahaja tahun ini.

Guan Eng mendakwa, penutupan sekolah dalam tempoh yang lama dikhuatiri akan menjejaskan masa depan sumber manusia negara.

Artikel Berkaitan: