Pekerja kilang warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pekerja kilang papan warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Batu 4, Jalan Karak, Mentakab di sini pagi tadi.

Penemuan mayat mangsa berusia 32 tahun itu dimaklumkan kepada polis kira-kira jam 8.40 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, hasil pemeriksaan ke atas mayat lelaki itu, terdapat kesan kelar pada bahagian lehernya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui motosikal mangsa yang dibuang ke dalam sebuah lubang di kawasan ladang berkenaan.

"Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki juga warga Indonesia berusia 43 tahun bagi membantu siasatan,"katanya.

Othman berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: