Tekanan perasaan punca jurutera wanita cuba bunuh diri

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli
A
A
A

KLANG - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang jurutera wanita cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Remaco, Jalan Mohd Sidin semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.57 petang dan sepasukan anggota digegaskan ke lokasi terlibat.

Menerusi siasatan awal di lokasi, Shamsul berkata, wanita berusia 34 tahun itu didapati telah terjun dari jambatan berkenaan dan kemudiannya ditemui dalam keadaan berpakaian basah berhampiran lokasi kejadian sekitar jam 11.30 malam.

"Mangsa yang belum berkahwin itu telah ditenangkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

"Siasatan awal juga mendapati mangsa bertindak demikian dipercayai selepas berdepan tekanan perasaan berikutan bertukar tempat kerja dari Port Dickson ke Petaling Jaya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, wanita berusia 34 itu turut tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian tersebut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan berikutan cubaan membunuh diri.

Artikel Berkaitan: